fbpx
Yang di-Pertuan Agong dimasyhurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia di Istana Negara hari ini.

Agong Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia hari ini.

Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata, Istiadat Pemasyhuran Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia telah berlangsung di Dewan Seri Bendahara Istana Negara.

“Persembahan ucapan pemasyhuran Seri Paduka Baginda sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia dilaksanakan oleh Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd Zin Bidin,” kata laman Facebook tersebut.

Menurut laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pemasyhuran Seri Paduka Baginda sebagai penaung Pengakap adalah mengikut Bahagian II, Seksyen 1, Perkara 11 (1), dalam Dasar Pertubuhan Peraturan (POR) tahun 2010, yang dibaca bersama Akta Parlimen 784 – Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1968 (semakan 2016)

Kata laman Facebook tersebut, Seri Paduka Baginda pada istiadat berkenaan turut berkenan dipersembahkan Bintang Semangat Padi Emas Kelas Pertama, Persekutuan Pengakap Malaysia.

“Hadir sama Datuk Ahmad Shaziy Ismail Bakti, Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara; Datuk Zamani Tambichek, Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara dan Tan Sri Abdullah Taib, Bendahari Majlis Pengakap,” kata laman Facebook itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI