fbpx
Gambar hiasan.

10,214 warden sekolah asrama, KPM belum sedia jadikan jawatan khusus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 10,214 warden kini bertugas di sekolah berasrama seluruh negara setakat September.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, daripada jumlah itu, 9,428 adalah guru, manakala 786 lagi bukan guru.

Namun, Kementerian Pendidikan (KPM) belum bersedia mewujudkan jawatan warden sebagai jawatan khusus kerana ia membabitkan struktur perjawatan baharu.

“Cadangan itu memerlukan penelitian menyeluruh dan bergantung kepada pertimbangan agensi pusat. Buat masa ini, warden masih berperanan sebagai ‘in loco parentis’, iaitu guru bertindak seperti ibu bapa di asrama. Pendekatan ini masih relevan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN–Tasek Gelugor) mengenai sama ada KPM akan memperluas peranan pembantu pengurusan murid untuk dilantik sebagai warden asrama.

Dalam perkembangan sama, Kah Woh berkata KPM akan melantik 600 pembantu warden asrama sepenuh masa melalui program MySTEP di sekolah berasrama seluruh negara bertujuan meningkatkan aspek keselamatan dan mengurangkan beban tugas warden, terutama dalam kalangan guru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI