fbpx
Pasukan perubatan Mercy Malaysia merawat pesakit di Gaza. - Foto FACEBOOK MERCY MALAYSIA

Sukarelawan perubatan Malaysia kekal aktif, beroperasi di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sukarelawan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) menegaskan bahawa operasi kemanusiaan pasukan itu di Gaza masih diteruskan meskipun berdepan konflik yang tidak menentu di wilayah terbabit.

Mercy Malaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, Specialised Care Team 8 (SCT 8) kini berada di lapangan bagi mengambil alih kesinambungan misi yang sebelum ini dijalankan oleh SCT 7 sepanjang dua minggu lalu.

“Di bawah mandat WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) Emergency Medical Team (EMT), pasukan perubatan kami kekal aktif dan beroperasi, memastikan rawatan dan sokongan klinikal diteruskan di Hospital Al Shifa serta fasiliti kesihatan lain yang masih beroperasi.

“Selain operasi perubatan, pasukan SCT 8 juga akan memantau dan menyokong kesinambungan projek Mercy Malaysia sepanjang dua tahun terakhir yang dijalankan oleh SCT 1 hingga SCT 8, termasuk dalam bidang Air, Sanitasi & Kebersihan (WASH) serta pertanian,” katanya.

Menurut organisasi kemanusiaan itu, komitmen mereka tetap sama iaitu memastikan setiap pesakit khususnya di Gaza menerima rawatan yang selamat, bermaruah dan berterusan,” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan tentera Israel membunuh seorang warga Palestin semalam di utara Semenanjung Gaza dan menyerang beberapa lokasi di selatan sekali.

Sebelum ini, Pejabat Media Kerajaan Gaza dilaporkan berkata, sekurang-kurangnya 357 warga Palestin terbunuh dan 903 lagi cedera akibat tembakan tentera sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN