fbpx
Gambar hiasan.

Sindiket seludup 101 migran tumpas awal pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Kegiatan penyeludupan migran sekitar daerah ini tumpas menerusi tiga serbuan yang turut berjaya memintas sebuah bot pom-pom dalam operasi awal pagi semalam.

Dalam operasi bermula pukul 2.15 pagi itu, pasukan keselamatan berjaya memberkas tujuh individu termasuk tekong darat, bot dan pembantu tekong yang juga warga asing.

Selain itu, menahan 101 pendatang asing tanpa izin (PATI). Kesemuanya berusia antara 16 hingga 56 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, serbuan dijalankan di sebuah premis kediaman, jeti Sekinchan dan perairan Sabak Bernam melalui Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dengan kerjasama Polis Marin serta Pasukan Petugas Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO).

Katanya, seorang daripada tekong merupakan remaja lelaki berusia 19 tahun yang turut bertindak sebagai pemandu van membawa migran terbabit.

“Dalam operasi itu, rondaan bersama Polis Marin dan MAPO telah berjaya menahan sebuah bot kayu jenis pom-pom tanpa nombor pendaftaran.

“Kesemua 101 warga asing termasuk 30 wanita didapati tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Jelas beliau, pihaknya turut merampas 13 buah telefon bimbit bersama wang tunai berjumlah RM157.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta ATIPSOM 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN