fbpx
Keadaan kereta dinaiki mangsa yang terbabas ke dalam tasik di UMK Kampus Jeli, Jeli hari ini

Pelajar PhD UMK maut kereta terbabas jatuh dalam tasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELI – Seorang pelajar pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) maut, manakala rakannya selamat selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam sebuah tasik di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.20 petang itu, mangsa, Muhammad Amidee Abdullah,25, yang memandu kereta jenis Perodua Axia disahkan meninggal dunia selepas lemas di dalam tasik tersebut.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa melalui selekoh dalam keadaan menuruni bukit di kawasan kampus berkenaan.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam tasik yang terletak di bahagian kanan jalan.

“Rakan mangsa sempat keluar dari kereta itu manakala Muhammad Amidee disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Penumpang kereta itu dirawat di Unit Kecemasan Hospital Jeli manakala mangsa dihantar ke unit forensik hospital sama untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamaruzaman memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN