PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri Pahang, Melaka dan Johor sehingga pukul 3 petang.
“Antara kawasan yang terlibat dalam cuaca buruk ialah Rompin di Pahang manakala seluruh negeri Melaka turut terjejas.
“Selain itu, amaran hujan berterusan turut dikeluarkan untuk Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor,” katanya. – KOSMO! ONLINE














