SUNGAI PETANI – “Kami nyaris maut apabila bot terbalik ketika mahu selamatkan rakyat Malaysia terkandas di Hatyai, namun itu tidak patahkan semangat kami untuk terus hulur bantuan.” Demikian kongsi Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani, Leong Beng Tat apabila bot penyelamat dinaiki empat anggota terbalik dihentam arus deras ketika misi menyelamat rakyat Malaysia yang terkandas di Hatyai, Thailand baru-baru ini. Katanya, ia merupakan operasi menyelamat paling mencabar sejak 2007 kerana merupakan operasi pertama pasukan di luar negara. “Kami berdepan keadaan…














