fbpx
Jenazah mangsa tiba di Unit Forensik Hospital Tanah Merah, Tanah Merah semalam untuk proses bedah siasat. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Jenazah tukang masak mati ditikam suami selamat dikebumi selepas solat subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Jenazah seorang tukang masak yang meninggal dunia selepas ditikam suaminya dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini selamat dikebumikan selepas solat subuh hari ini.

Adik bongsu mangsa, Hafizan Abdullah, 22, berkata, jenazah kakaknya, Mastura Abdullah, 40, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paku, Gual Ipoh kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Menurutnya, jenazah arwah kakak selesai menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Tanah Merah di sini pada pukul 3.30 pagi.

“Alhamdulillah upacara pengebumian jenazah arwah kakak berjalan lancar dengan kehadiran ahli keluarga terdekat. Jenazah dibawa ke tanah perkuburan selepas solat subuh untuk urusan pengebumian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, jenazah Mastura dibawa ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah di sini kira-kira pukul 2.30 petang semalam untuk proses bedah siasat.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang tukang masak yang dibunuh suaminya dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini meninggal dunia selepas ditikam dengan dua tikaman pada bahagian belakang badannya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd.Yusoff berkata siasatan mendapati, mangsa bertengkar dengan suaminya sebelum ditikam dengan menggunakan sebilah pisau.

“Kejadian itu berlaku selepas mangsa mengesyaki wanita itu mempunyai kekasih. Lelaki itu dipercayai menikam bahagian belakang badan isterinya dengan dua tikaman.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan baru sahaja tiba di rumahnya dari Lembah Klang sebelum dibunuh suaminya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN