IMPIAN manusia untuk terbang sendiri tanpa pesawat besar bukan lagi menjadi kisah fiksyen. Dalam era kemajuan teknologi yang semakin pesat, impian manusia untuk terbang secara individu tanpa pesawat atau helikopter semakin menghampiri realiti. Sepanjang dua dekad terakhir, sejumlah syarikat dan penyelidik antarabangsa telah memajukan konsep flying backpack iaitu varian moden jetpack dan jetsuit. Inovasi itu menggunakan gabungan turbin mikro, pemacu elektrik berkuasa tinggi serta sistem kawalan automatik. Ia berupaya menghasilkan peranti yang mampu mengangkat seorang manusia dan melakukan penerbangan dalam……














