fbpx
MOUNT muncul wira United apabila meledak gol menerusi sepakan percuma menarik ketika menewaskan Palace kelmarin. - FB MANCHESTER UNITED

EPL: Amorim mengakui ‘curi’ idea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Manchester United, Ruben Amorim mengakui idea jaringan kemenangan menerusi set-piece yang disempurnakan oleh Mason Mount ketika menewaskan Crystal Palace 2-1 kelmarin adalah hasil yang ‘dicuri’.

Pada perlawanan yang berlangsung di Selhurst Park itu, United terlebih dahulu ketinggalan apabila Jean-Phillipe Mateta menyempurnakan sepakan penalti sebelum Joshua Zirkzee menyamakan kedudukan dan Mount meledak gol kemenangan.

Mengulas mengenai sepakan percuma yang menghasilkan gol kemenangan itu, Amorim mengakui pasukannya bekerja keras dan belajar daripada pengalaman sebelum ini untuk tidak mensia-siakan peluang sebegitu.

“Kami bekerja keras dan mempelajari banyak perkara di liga ini. Saya fikir anda pernah melihat sepakan percuma seperti itu sebelum ini. Kami sebenarnya ‘mencuri’ idea berkenaan dan ia berhasil,” katanya.

United memiliki kelebihan tempoh rehat panjang berbanding Palace yang baru sahaja beraksi menentang Strasbourg pada aksi Liga Konferens Europa menyebabkan mereka berjaya memanfaatkan faktor kepenatan pasukan lawan.

“Kira-kira 10 minit sebelum babak pertama berakhir, saya lihat pasukan lawan mula berdepan kesukaran dan mereka juga kembali ke babak kedua dengan kepenatan. Sebab itu, kami mula menukar cara permainan untuk beraksi lebih pantas.

“Keputusan menukar corak permainan berhasil apabila kami mula menguasai bola dan terhasil dua gol berkenaan yang memberikan kami kemenangan,” jelasnya.

Kemenangan itu cukup signifikan buat United yang mahu melupakan kekalahan kepada Everton sebelum ini, selain tiga mata berkenaan melonjakkan mereka ke kedudukan ketujuh sebelum berdepan West Ham untuk aksi berikutnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN