fbpx
BAS persiaran milik syarikat Painah Travel yang terperangkap dalam kejadian banjir besar di Hatyai, Thailand, bulan lalu.

Banjir Hatyai: Bas tenggelam seminggu, kos baiki cecah RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seorang pengusaha syarikat pelancongan di sini terpaksa mengeluarkan kos kira-kira RM100,000 bagi membaik pulih bas persiaran yang rosak akibat ditenggelami banjir besar di Hatyai, Thailand, bulan lalu.

Menurut Saryati Suwarno, 54, bas persiaran milik syarikatnya, Painah Travel berjaya dibawa keluar dari Thailand dan dicuci di Kedah sebelum dihantar ke Perak untuk kerja-kerja menukar kerusi yang telah digenangi air banjir selama hampir seminggu sebelum dihantar Kuala Lumpur untuk memeriksa sistem pendawaian.

“Alhamdulillah, ejen bas tempat kami beli bas ini dengan harga RM700,000 lima bulan lalu bertanggungjawab dengan segala kerosakan yang berlaku.

“Secara keseluruhan kos bagi membaik pulih termasuk mengganti kerusi yang baru lebih RM100,000 selain membayar RM2,800 bagi menunda bas sebanyak tiga kali dari Thailand ke Kedah, Perak dan Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui pada majlis kesyukuran dirumahnya di Kampung Parit Kudus, di sini, petang semalam.

Tambah Saryati, dia bersama suaminya, Mohd Nasir Abdullah, 57, telah membawa 40 pelancong terdiri daripada warga usia emas melawat Hatyai pada 20 hingga 23 November sebelum banjir besar melanda pada 22 November dengan mereka terperangkap selama lima hari sebelum berjaya dibawa keluar dari Thailand pada 27 November.

“Saya masih trauma lagi apabila memikirkan kejadian tersebut, pada tahun ini saya telah tiga kali membawa pelancong masuk ke Hatyai tetapi tidak pernah melalui musim banjir seperti ini. Dah macam tsunami, hujan yang lebat beserta angin kuat menyebabkan banyak kereta terbalik,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN