KOTA BHARU – Banjir gelombang pertama yang melanda Kelantan bermula 26 November lalu pulih sepenuhnya selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini.
Dua PPS terakhir yang menempatkan seramai 97 mangsa daripada 35 keluarga di Sekolah Kebangsaan (SK) To’ Deh, Rantau Panjang dan SK Kedai Tanjong, Pasir Mas ditutup pada pukul 3.30 petang tadi.
Sementars itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Mohd. Farid Ishak berkata, penduduk di Kelantan perlu sentiasa berwaspada kerana gelombang kedua banjir boleh berlaku sepanjang musim Monsun Timur Laut hingga Mac depan.- KOSMO! ONLINE













