PETALING JAYA – Tindakan pasangan remaja yang didakwa melakukan aktiviti tidak bermoral dalam sebuah Proton Iriz yang diletakkan di kawasan parkir bawah sebuah pusat membeli belah popular di Kedah mengundang padah apabila perbuatan itu dirakam seorang wanita.
Menerusi perkongsian di Facebook, wanita berkenaan menegur keras pasangan tersebut sambil mendakwa dia memiliki bukti gambar, rakaman video serta nombor pendaftaran kereta terbabit.
“Assalamualaikum kepada adik-adik naik kereta (Proton) Iriz hijau… kak nampak apa hampa (kalian) buat, kak ada bukti gambar dan rakaman sekali dengan nombor plat kereta. Hampa tak sedar kot…dalam kereta siang hari, ingat orang tak nampak ka?” tulisnya.
Wanita itu turut memaklumkan kedua-dua remaja terbabit kelihatan seperti pelajar dan mendakwa mungkin menggunakan kereta milik ibu bapa.
“Muka ‘kanyaq’ lagi, macam student (pelajar). Ingat mak pak sama. Silap-silap kereta pun kereta milik mak pak. Belakang stiker Bismillah elok dah, tapi dok…dekat tempat duduk belakang,” dakwanya lagi.
Menurutnya, dia yang berang dengan aksi tidak senonoh pasangan itu bertindak menghentikan keretanya bersebelahan kenderaan terbabit bagi menyedarkan pasangan tersebut bahawa perbuatan mereka diperhatikan orang ramai.
“Aku parking tepi hampa bagi hampa berhenti. Baru sedar orang nampak. Yang lelaki lari pergi tempat duduk pemandu, selepas itu terus keluar. Ikut hati nak hubungi polis, tapi nanti orang kata busybody (menyibuk) pula,” jelasnya.
Dalam pada itu, wanita berkenaan turut menegaskan dia mengenali wajah pasangan terbabit dan memberi amaran supaya mereka tidak mengulangi perbuatan memalukan itu di tempat awam.
Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi netizen dan ada yang berkongsi berdepan pengalaman sama apabila terserempak dengan pasangan kekasih berdua-duaan di dalam kereta kawasan parkir pusat membeli-belah.
“Ramai ingat ‘suka-suka’ dalam kereta dekat tempat parkir orang tak sedar ka? CCTV (televisyen litar tertutup) bersepah. Orang lalu lalang pun perhati ja apa yang adik-adik buat dalam kereta, malu la…yang wanita jagalah maruah,” kata Syuhada.
Seorang lagi pengguna, Normala Rose berkongsi pengalaman dilaluinya selain menegur sikap golongan muda yang didakwa sering terlibat dengan perbuatan tidak bermoral tersebut.
“Saya pun ada pengalaman juga tengok orang ‘projek’ dalam kereta di tempat parkir. Bukan main syok lagi sampai tak sedar orang duk tengok. Dengan tak ada kain, tinggal baju saja.
“Perangai orang muda la ni macam tu la, tak takut dosa. Kalau dah suami isteri, takkanlah buat di luar, kan? Kadang banyak juga suami orang dengan isteri orang, duda dengan janda, anak teruna dengan isteri orang pun ada, anak dara dengan laki orang pun sama juga,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE














