fbpx
Anggota bomba di lokasi kemalangan di Jalan Paya Terubong, petang tadi

2 beranak cedera kereta terbabas masuk semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Dua beranak berdepan detik cemas apabila kereta jenis Perodua Axia yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbabas masuk ke kawasan semak di Jalan Paya Terubong di sini, petang tadi.

Mangsa terdiri ibu dan anak lelaki yang masing-masing berusia 76 dan 56 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 2.36 petang tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kemalangan.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong yang diketuai Komander Operasi,
Pegawai Bomba Kanan 1 Zaiful Arif Mat Ariffin.

“Berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang telah terbabas di bahu jalan. Terdapat dua mangsa terdiri dua beranak tersepit di bahagian hadapan kereta dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi.

“Mangsa dilaporkan cedera ringan dan telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan ambulans St. John,” katanya di sini, tadi.

Beliau memberitahu, operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 3.03 petang tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI