fbpx
Tengku Zafrul

Tengku Zafrul lama di MITI, masih ada tanggungjawab, tak boleh lepaskan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan menamatkan tugasnya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri esok, akan dimaklumkan tanggungjawab baharu beliau pada Rabu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Tengku Zafrul juga menunjukkan prestasi memberangsakan termasuk jaringan perdagangan dan perniagaan di peringkat antarabangsa sepanjang khidmat beliau.

“Tengku zafrul lama di sini. Beliau masih ada tanggungjawab, tak boleh lepaskan begitu sahaja. Saya bagitahu beliau berakhir sebagai Menteri MITI 2 haribulan (esok), dan beliau terus kerja yang akan saya umumkan pada 3 haribulan (lusa).

“Ini memberi signal (isyarat) apa dilakukan mengembangkan jaringan perniagaan dan antarabangsa. Dalam satu dua tahun ini, saya banyak jalankan tugas di luar negara.

“Peranan MITI dan keluarga MITI semua di bawah kepimpinan beliau sangat membanggakan dan nampak kejayaan baik. Kita seperti biasa kalau ada ruang, orang yang punya prestasi, dia tak boleh lepas dan lari daripada tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua, QV-E di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri di sini hari ini.

Sebelum ini, Tengku Zafrul dilantik sebagai Senator bagi penggal pertama pada Mac 2020 bagi menjawat jawatan Menteri Kewangan, seterusnya pada Disember 2022 memulakan penggal kedua sebagai Senator sebagai Menteri MITI.

Beliau akan menamatkan tugas di MITI esok, susulan tempoh lantikan sebagai Senator tamat.

Sementara itu, Tengku Zafrul ketika ditemui media turut memberi bayangan beliau bakal terus berkhidmat dalam kerajaan selepas ini.

“Nampaknya saya diberi peluang untuk terus berkhidmat. Dalam kapasiti apa, saya juga masih menunggu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN