fbpx
Anzalna bersyukur dikurniakan Tuhan seorang suami yang bersikap 'provider' dan sangat memahami.

Syukur saya duduk rumah, suami sediakan segala keperluan – Anzalna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Anzalna Nasir bersyukur atas rezeki dan peluang yang dikurniakan dalam rumah tangganya terutama apabila suami memberi kepercayaan untuknya hanya fokus terhadap keluarga.

Menurut Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 37, sebagai seorang isteri, dirinya tidak pernah berhenti mendoakan agar Allah mempermudahkan urusan pekerjaan teman hidupnya itu selain meluaskan lagi pintu rezeki mereka sekeluarga.

“Sebagai seorang isteri, saya selalu doakan agar Allah permudahkan kerja suami dan murahkan rezekinya.

“Saya bersyukur dia mengizinkan saya untuk berada di rumah kerana dia mampu menyediakan segala keperluan kami.

“Menjadi suri rumah bukan bermaksud kita tidak berkemampuan, tetapi kerana kita memilih untuk memberi tumpuan kepada membesarkan anak-anak dan menjaga keluarga,” katanya dalam Threads.

Tambahnya lagi, setiap wanita memiliki jalan hidup dan pilihan masing-masing namun, jika dikurniakan suami yang memahami, menyokong dan mampu menyediakan segala keperluan keluarga itu adalah nikmat yang wajar disyukuri.

“Setiap wanita ada pilihan masing-masing. Jika dikurniakan suami yang menyokong dan mampu menyediakan segalanya, alhamdulillah.

“Sekurang-kurangnya, kita dapat membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang, perhatian dan ketenangan,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Hanif Zaki, pada tahun 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees, 6, dan Mohamad Emirhan, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN