fbpx

Sissy Imann bakal bergelar isteri doktor hujung bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Teka-teki fasa bahagia Sissy Imann akhirnya terlerai apabila penyanyi dan pelakon itu mengesahkan bakal berkahwin dengan seorang doktor, bulan ini.

Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 29, berkata keputusan besar itu hadir selepas hubungan yang bermula ringkas tiba-tiba berkembang menjadi ikatan lebih bermakna.

“Betullah, saya sahkan Insya-Allah akan berkahwin dalam masa terdekat. Itu sahaja boleh dikongsikan setakat ini

“Saya mohon maaf tarikh secara spesifik itu tidak boleh maklum sebab hal itu lebih elok disimpan dahulu demi hormat keluarga sendiri dan keluarga pihak sana. Jadi biarlah info lanjut diumumkan pada waktunya.

“Hanya pohon doa semua. Apa boleh disahkan ialah bakal suami bukan rakan industri. Tiada kaitan dengan muzik pun,” katanya kepada Kosmo Online.

Mengulas detik perkenalan, pelantun lagu Mungkin Kamu itu berkata semuanya berlaku pantas seiring takdir.

Pun begitu, dia tidak menafikan sikap hormat lelaki itu terhadap keluarganya menjadi faktor utama.

“Kenal tahun ini. Rezeki kot, mungkin dah sampai masa. Persiapan pun dalam 70 peratus. Dia seorang doktor

“Apa buat saya yakin, dia sangat menghormati keluarga. Itu keutamaannya. Usia dia tak dapat dikongsikan dahulu, nanti bila sudah sah semuanya barulah saya cerita.

“Sekarang kami belum bertunang. Terus nikah, cuma akan ada sesi bertunang dahulu sebelum akad nikah. Hujung tahun, Insya-Allah,” ujarnya pada pelancaran lagu terbaharunya berjuful Dengan Kamu, di sini, hari ini.

Paling penting kata pelakon Kariah Cak Pong itu, hubungan mereka tidak bermula sebagai cinta, sebaliknya hanya sekadar kenalan sebelum lelaki berkenaan menyatakan hasrat serius.

“Kami tak bercinta pada mulanya. Kawan sahaja. Sampailah satu hari dia minta izin untuk jumpa ayah. Ingatkan nak bincang soal kolaborasi. Rupanya dia datang bagi tahu niat sebenar.

“Ayah pun tanya, kalau nak ke fasa seterusnya, bila nak kahwin? Lelaki tu cakap paling cepat tiga bulan, paling lambat enam bulan. Kami semua terkejut tapi itulah perjalanan takdir,” dedahnya.

Bercerita lanjut mengenai perkenalan mereka, Sissy mendedahkan kisah cinta itu tercetus secara tidak dirancang apabila takdir mempertemukannya dengan jejaka berkenaan ketika sedang mendapatkan rawatan.

“Masa saya kenal dengan dia, dia tak tahu pun saya penyanyi. Dia memang tak tengok televisyen.

“Dia sebenarnya seorang doktor dan kami mula berkenalan pada tahun ini.

“Permulaan kami berkenalan pun sewaktu saya menjadi pesakitnya ketika itu,” jelasnya.

Terdahulu, Sissy mencetuskan tanda tanya dalam media sosial apabila memuat naik perkongsian menunjukkan dia memakai cincin, seolah-olah sedang melalui fasa bahagia.

Dalam perkembangan lain, Sissy turut melancarkan single baharunya Dengan Kamu, yang kini sudah boleh didengari di semua platform digital.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN