fbpx
Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja menyah sisa gas toksik di sebuah kilang memproses makanan haiwan di KBP, Kerteh, Kemaman hari ini. - IHSAN JBPM

Sembilan pekerja kilang sesak nafas terhidu gas toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Sembilan pekerja kontrak mengalami sesak nafas selepas terdedah dengan gas bertoksik sewaktu melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah kilang memproses makanan haiwan di kawasan Taman Perindustrian Biopolimer Kerteh (KBP), di sini, semalam.

Kesemua pekerja kontrak berusia 23 hingga 40-an terbabit dipercayai terhidu gas ammonia atau methyl mercaptan berkenaan pada pukul 6.51 petang.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Rohaya Jamil berkata, sewaktu kejadian,
sebahagian mangsa yang merupakan warga tempatan dan Bangladesh sedang melakukan kerja-kerja pembersihan tangki reaktor berterusan di kilang terbabit.

“Mereka secara tiba-tiba mengalami gangguan pernafasan ekoran terhidup sisa gas bertoksik yang terdapat di dalam tangki terbabit.

“Pekerja-pekerja lain segera menyelamatkan mereka sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka disini oleh pengurusan kilang berkenaan,” katanya di sini semalam.

Rohaya berkata, seramai 18 pegawai dan anggota bomba termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat insiden berkenaan.

Beliau berkata, pasukan bomba terbabit berjaya menurunkan bacaan gas bertoksik itu pada pukul 1.05 pagi tadi.

“Enam mangsa terlibat telah dirujuk ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut manakala tiga lagi menerima rawatan pesakit luar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI