fbpx
Anwar berucap merasmikan Majlis Peluncuran EV Pertama Perodua di Dewan Perdana MITI, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

Saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memberi bayangan berhubung rombakan Kabinet yang tidak akan dilakukan secara besar-besaran, tetapi hanya melibatkan beberapa jawatan menteri bagi mengisi kekosongan tersebut.

“Kita perlu mengisi beberapa kekosongan. Mungkin rombakan itu, kalau ada masa yang panjang, tapi Kabinet ini hanya akan berfungsi satu setengah tahun saja, jadi saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan.

“Saya sedang merenung apakah langkah harus diambil, tapi mengisi kekosongan itu ada keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua, QV-E di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri di sini hari ini.

Terdapat empat kekosongan jawatan menteri pada esok iaitu Menteri Ekonomi susulan kekosongan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Alam Sekitar & Kelestarian Alam selepas peletakan jawatan Nik Nazmi Nik Ahmad awal Julai 2025.

Selain itu, jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas Datuk Ewon Benedick meletak jawatan pada bulan lalu, manakala Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dijangka kosong esok susulan tempoh Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berakhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI