fbpx
Erra (kiri) dan Mr. E dikatakan bakal mengumumkan tarikh kahwin esok.

‘Satu pengumuman besar..’ – Erra, Mr. E umum tarikh nikah esok?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Spekulasi bertebaran kembali, pelakon dan penyanyi Erra Fazira dikhabarkan bakal mengumumkan mengenai majlis pernikahannya dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain, esok.

Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 51, dikatakan akan berkongsi tarikh hari bahagia mereka serentak pelancaran video muzik lagu berjudul Cinta Abadi di sebuah hotel di Selangor.

Menurut sumber, dendangan yang pernah dirakamkan pada tahun 1994 sebaik bernaung di bawah Polygram Record itu difahamkan dipilih sebagai lagu tema perkahwinannya.

“Esok adalah hari pelancaran video muzik Cinta Abadi, esok juga difahamkan Erra dan calon suaminya bakal membuat satu pengumuman besar.

“Lagu tersebut juga dipercayai mempunyai kaitan dengan hari bersejarah mereka,” ujar sumber terbabit.

Cinta Abadi yang dimuatkan dalam album pertama menggunakan judul namanya adalah nukilan komposer Razman, manakala lirik oleh Datuk Habsah Hassan.

Begitupun, sumber enggan menyatakan tarikh pernikahan mahu pun resepsi pasangan terbabit, sebaliknya meminta khalayak menunggu pengumuman itu.

“Lain-lain perincian lanjut termasuk tarikh pernikahan kita tunggu sahaja esok,” ujarnya lagi.

Terdahulu, sekitar Ogos lalu tercetus desas-desus mengenai tarikh pernikahan Primadona Filem Melayu Alaf Baru itu dengan usahawan, Ezwan Zain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI