fbpx
Majlis pelancaran YEZ 2025 telah diadakan di Aeon Mall AU2, Setiawangsa sempena Karnival Usahawan Al-Falah Madani semalam.

PPZ-MAIWP lancar YEZ 2025, pembayar zakat berpeluang memenangi pakej umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pusat Pengutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan Kempen Year End Zakat (YEZ) 2025 sebagai usaha menyeru dan menggalakkan masyarakat Islam untuk menunaikan zakat selewat-lewatnya 31 Disember 2025.

Bertemakan ‘Akhirnya Sempurna’, majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama), Datuk Senator Mohd Na’im Mokhtar bertempat di Aeon Mall AU2, Setiawangsa semalam.

Menariknya pada kempen kali ini kata PPZ-MAIWP, orang ramai yang menunaikan zakat sepanjang tempoh kempen yang bermula 1 November sehingga 31 Disember depan berpeluang merebut lebih 1,300 hadiah istimewa termasuk pakej umrah.

“Pembayar zakat juga berpeluang memenangi pakej percutian, thermomix, emas ‘gold bar’, mesin kopi dan pelbagai lagi.

“Pemenang akan dipilih melalui cabutan dan tertakluk kepada terma dan syarat,”katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, PPZ MAIWP memberitahu, pelbagai pengisian juga telah disusun sebagai nilai tambah kepada para pembayar zakat antaranya pembukaan kaunter PPZ-MAIWP 7 hari seminggu sepanjang Disember termasuk
lanjutan waktu kaunter sehingga 9 malam bermula 22-31 Disember depan.

Lebih istimewa, PPZ-MAIWP turut menyediakan ‘express lane’ bagi mereka yang telah membuat temujanji.

“PPZ-MAIWP turut menyediakan jamuan dan cenderamata istimewa buat para pembayar zakat pada setiap hari
Jumaat dan 10 hari terakhir bulan Disember.

“Turut diadakan jelajah kaunter zakat dan wakaf bergerak serta program Fuel Your Zakat di beberapa lokasi tarikan dan stesen minyak sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya bersama selebriti undangan dengan tawaran pelbagai hadiah menarik.

“Pihak PPZ-MAIWP juga akan mengadakan sesi borak santai mengenai zakat dan wakaf bersama panel dan jemputan istimewa di live podcast,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PPZ-MAIWP berkata, pihaknya turut menganjurkan aktivti bersama kanak-kanak, booth rakan strategik dan pelbagai tawaran menarik disediakan di kaunter PPZ-MAIWP terpilih pada 10 hari terakhir Disember.

Selain itu, seminar dan taklimat khas bersama majikan, syarikat dan lain-lain bagi tujuan pencerahan berkenaan zakat dan wakaf menerusi YEZ Corporate Talk.

“Kita juga akan memberikan cenderahati khas berupa ‘shopping bag’ kepada 10,000 pembayar yang membuat bayaran zakat harta minima RM100 di semua cawangan kaunter PPZ-MAIWP serta kalendar 2026,”ujarnya.

Sepanjang kempen ini juga, PPZ-MAIWP turut menawarkan pelbagai perkhidmatan dan saluran bayaran bagi memastikan urusan pembayaran zakat dibuat dengan lebih pantas, selesa dan selamat.

Ia termasuk kaunter PPZ-MAIWP, portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my untuk semak, kira dan bayar zakat, aplikasi MyZakat, Amil to You (Kaunter Zakat Bergerak), Ride2U & Kaunter Zakat Digital.

Tempahan temujanji juga boleh dibuat di mytemujanji.zakat.com.my dan Zakat On-Call di mana pengguna boleh semak, kira dan bayar zakat dengan menghubungi talian hotline PPZ-MAIWP di 1-300-88-5757.

Bayaran zakat juga boleh dibuat menerusi ejen-ejen kutipan zakat PPZ-MAIWP iaitu menerusi perbankan internet, kaunter
bank, pos, e-Wallet, firma-firma dan lain-lain.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI