KEHIDUPAN sebagai seorang mahasiswa bukanlah satu perjalanan yang mudah, apatah lagi apabila melibatkan pembahagian masa yang bijak antara akademik dan minat seperti sukan serta muzik. Bagi Khairull Amin Mohamad Yunus, 23, pelajar Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk dan Perindustrian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), pengurusan masa yang cekap dan disiplin tinggi merupakan kunci kejayaannya. “Walaupun sibuk dengan akademik, saya selalu pastikan dapat menyelesaikan tugasan lebih awal daripada yang dijangka. “Saya sangat menghargai waktu pagi hingga petang untuk kelas dan……














