fbpx
Anggota polis menahan suspek yang cuba melarikan diri selepas kereta dipandunya terbabas di Jalan Perumahan Puspen, Jeli semalam. FOTO IHSAN POLIS

Kereta terbabas, tekong darat bawa 5 PATI terlepas upah RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELI – Seorang tekong darat tidak sempat meraih upah sebanyak RM1,000 hasil daripada menghantar lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ke Gerik, Perak apabila kereta dipandunya terbabas di Jalan Perumahan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di sini semalam.

Kereta jenis Perodua Bezza dipandu suspek itu ditahan kira-kira pukul 1.30 tengah hari semasa sepasukan kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli menjalankan rondaan di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, anggota polis melihat kereta tersebut dipandu dari arah Jeli ke Gerik dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, kereta itu diarahkan untuk berhenti, namuh pemandunya bertindak masuk ke Jalan Perumahan Puspen sebelum terbabas di tepi jalan.

“Pemandu kereta itu keluar dari kereta berkenaan dan cuba untuk melarikan diri sebelum berjaya ditahan oleh anggota polis.

“Pemeriksaan di dalam kereta itu membawa kepada penemuan lima lelaki warga Myanmar yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah untuk berada ditahan oleh negara ini,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Lima PATI warga Myanmar yang ditahan di dalam sebuah kereta yang terbabas terbabas di Jalan Perumahan Puspen, Jeli semalam. FOTO IHSAN POLIS

Kamarulzaman memberitahu, siasatan lanjut mendapati, pemandu kereta itu sedang dalam perjalanan untuk menghantar kesemua PATI untuk bekerja di Gerik.

Menurutnya, suspek yang memiliki empat rekod jenayah kes dadah menerima upah sebanyak RM200 untuk membawa setiap seorang PATI.

“Ujian saringan air kencing mendapati hanya pemandu kereta itu positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 55E/6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI