fbpx
Keadaan kedai Toys Gallery Hatyai ketika sebelum banjir (gambar kiri) dan selepas banjir (kanan). - Facebook

Kedai mainan pun habis kena jarah ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pemilik kedai mainan bernilai tinggi terpaksa menanggung kerugian kira-kira 3 juta baht (RM400,000) selepas premis miliknya dipecah masuk pencuri semasa banjir di Hatyai, wilayah Songkhla, lapor laman berita Thaigar.

Lelaki bernama Ekarin itu berkata, kedai Toys Gallery Hatyai miliknya belum sempat dibuka secara rasmi kerana mengikut perancangan, ia sepatutnya mula beroperasi hari ini.

Kedai itu menjual pelbagai jenis mainan yang menjadi kegilaan pengumpul serta mempunyai nilai yang tinggi.

Katanya, stok di kedai itu dipenuhkan sejak November lalu dengan lebih 630 barangan bernilai tinggi termasuk kereta kawalan jauh, dron, helikopter dan pesawat berkuasa bahan api. 

Ekarin berkata, semasa dia kembali ke Bangkok minggu lalu, banjir melanda Hatyai. Apabila paras air meningkat, pencuri dilaporkan memecah masuk, memecahkan kaca dan mencuri hampir semua barangan.

Jiran-jiran memberitahunya bahawa kecurian itu berlaku pada kemuncak banjir iaitu ketika jalan raya sudah pun ditenggelami air.

Kedai itu terletak di Zon 8, sebuah kawasan yang dikenali kerana risiko jenayah lebih tinggi. 

Ditanya mengenai pampasan negeri, Ekarin berkata, dia tidak mengharap akan diberi keutamaan memandangkan terdapat pihak lain yang lebih memerlukan seperti mereka yang kehilangan rumah, cedera atau meninggal dunia dalam banjir. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN