fbpx
MANSOR didakwa di Mahkamah Seksyen Muar hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap murid lelaki di dalam bilik guru sebuah sekolah di Batu Pahat, Ogos lalu.

Cikgu matematik ‘sentuh’ budak lelaki dalam bilik guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang guru matematik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki bilik guru di sebuah sekolah di Batu Pahat, Ogos lalu.

Tertuduh, Mansor Ramly, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Khairi Haron.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan menyentuh alat sulit murid tahun enam berusia 12 tahun di dalam bilik guru sebuah sekolah kebangsaan di Batu Pahat, antara pukul 12.20 hingga 1.20 tengah hari, 5 Ogos lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan manakala Seksyen 16, tambahan hukuman, penjara maksimum lima tahun serta sebatan tidak kurang dua kali.

Berdasarkan laporan dibuat, mangsa dipanggil oleh tertuduh ke bilik guru sebelum diperlakukan sedemikian.

Namun, kejadian itu hanya terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada guru disiplin dan diarahkan untuk membuat laporan polis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh diwakili peguam, Haressh Tamilselvan.

Susulan pengakuan tidak bersalah, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM20,000 berserta syarat tambahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM10,000 dan memerintahkannya melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan dan tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan termasuk mangsa sehingga kes selesai.

Kes disebut semula pada 29 Januari depan untuk serahan dokumen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN