fbpx
BEBERAPA buah rumah masih ditenggelami lumpur di Pidie Jaya, Aceh semalam. - Foto AFP

Angka kematian akibat banjir meningkat lebih 400 orang di Sumatera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pasukan penyelamat di Indonesia sedang mencari sekurang-kurangnya lebih 400 orang yang dilaporkan hilang selepas banjir surut,  lapor portal berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Ramai mangsa dipercayai tertimbus selepas hujan lebat menyebabkan banjir dahsyat yang berlaku hampir seminggu lalu.

Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dahsyat itu telah meningkat kepada 442 orang, menurut jumlah yang diterbitkan oleh agensi bencana negara tersebut semalam.

Agensi itu berkata 402 orang juga masih hilang ketika pihak berkuasa bertungkus lumus untuk sampai ke beberapa kawasan paling teruk terjejas di pulau Sumatera, di mana ribuan orang terkandas tanpa bekalan penting. 

Sekurang-kurangnya 646 orang lagi turut cedera.

Bantuan telah dihantar ke kawasan terjejas melalui udara dan laut, namun beberapa kampung masih belum menerima sebarang bantuan.

Terdapat laporan bahawa mangsa-mangsa banjir mencuri makanan dan air untuk terus hidup.

Pihak berkuasa masih belum mula membersihkan jalan, kata penduduk kepada AFP dan tiada bantuan dari luar yang telah tiba.

“Sebilangan besar penduduk kampung memilih untuk tinggal (di kampung), mereka tidak mahu meninggalkan rumah,” kata Idris, 55, yang seperti ramai rakyat Indonesia, hanya menggunakan satu nama.

Seekor gajah Sumatera yang terancam ditemui tertimbus dalam lumpur tebal dan runtuhan berhampiran bangunan yang rosak di bandar Meureudu.

Ribut Senyar telah menyebabkan tanah runtuh dan banjir yang dahsyat di negara tersebut dengan rumah-rumah dibawa arus dan ribuan bangunan ditenggelami air

Orang ramai dilaporkan hilang di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara.

“Terdapat dua bandar yang memerlukan perhatian penuh kerana terasing, iaitu Tapanuli Tengah dan Sibolga,” kata ketua agensi itu, Suharyanto. 

Kapal dijangka tiba di Sibolga pada hari ini, tambahnya.

Sebahagian bantuan asing telah tiba, dengan Malaysia menghantar bekalan perubatan ke Aceh, salah satu wilayah yang paling teruk terjejas. – AGENSI/AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI