KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu makin memulih dengan hanya tinggal 1,501 mangsa daripada 478 keluarga di enam daerah negeri ini.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, mereka berada di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) di Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun, Setiu dan Kemaman.
“Marang kekal daerah paling terjejas dengan 523 mangsa daripada 149 keluarga di tujuh PPS.
“Seramai 425 mangsa daripada 178 keluarga pula berada lima PPS di Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap Sekretariat JPBNT berkata, sebanyak empat PPS yang mempunyai 322 mangsa daripada 96 keluarga masih berada di Kuala Nerus.
Beliau berkata, Dungun masih mempunyai 132 mangsa daripada 35 keluarga di empat PPS.
“Seramai 58 mangsa daripada 10 keluarga pula berada di dua PPS di Setiu manakala Balai Raya Padang Kemunting yang mempunyai 41 mangsa daripada 10 keluadga merupakan satu-satunya PPS yang beroperasi di Kemaman,” katanya. – KOSMO! ONLINE














