PAPAR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah dijangka diketahui pada pukul 12 tengah malam ini.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, bagaimanapun, keputusan awal boleh diterima pada pukul 10 malam.
“Kita menjangkakan keputusan awal boleh terima sekitar pukul 10 malam. Manakala semua keputusan kita boleh terima pukul 12 tengah malam,” katanya pada sidang media di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Kawang pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ramlan menyatakan SPR kini sudah menyediakan logistik termasuk helikopter di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memudahkan tindakan membawa peti undi dari kawasan pulau serta pedalaman.
Menurutnya, SPR boleh menerima peti undi dari kawasan tersebut lebih awal memandangkan PDM ditutup seawal pukul 12 tengah hari.
Sementara itu, Ramlan berkata, pihaknya meletakkan unjuran 60 peratus keluar mengundi PRN17 Sabah berbanding 65 peratus pada PRN terdahulu ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu. – KOSMO! ONLINE
PRN17 Sabah: SPR jangka 12 tengah malam keputusan penuh
- Oleh IVAN AMIRUL
- 29 November 2025, 1:55 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

UCL: Hasrat Man. City ‘ubati’ duka
20 Januari 2026, 10:00 am

‘Saya bukan muda lagi, anak kena sedia dapat adik baharu’
20 Januari 2026, 9:47 am

EPL: Keghairahan akhirnya jerat Aston Villa
20 Januari 2026, 9:30 am

Penghuni ditemui pengsan ketika rumah terbakar
20 Januari 2026, 9:23 am

‘Dahulukan jenama Beckham, saya dikawal mereka sepanjang hidup’
20 Januari 2026, 9:15 am

Piala Malaysia: Dominasi mutlak Harimau Selatan
20 Januari 2026, 9:00 am

Sepinggan nasi goreng RM3 boleh tambah lauk
20 Januari 2026, 9:00 am

Tenxi bikin Puting Beliung secukup rasa, semanis madu
20 Januari 2026, 9:00 am






