fbpx
Tangkap layar video Julayka memakaikan gelang emas hadiah konvokesyen untuk kakak sulungnya, namun ia hilang dipercayai tercicir di UKM.

[VIDEO] Hanya sempat pakai 30 minit, gelang emas hadiah konvo hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Baru sempat pakai gelang emas kira-kira 30 minit pemberian adik sebagai hadiah konvokesyen, namun tidak lama selepas itu ia hilang tercicir.

Itu kisah sedih diceritakan seorang wanita dikenali sebagai Julayka yang menghadiahkan gelang emas tersebut untuk kakak sulungnya sempena hadiah konvokesyen ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menerusi hantaran dimuat naik pada TikTok, gelang emas itu dibeli Julayka sebagai tanda penghargaan untuk kakaknya yang berjaya menggenggam PhD.

“Tragedi 27 November, belikan hadiah gelang emas untuk along. Gelangnya tercicir dalam Fakulti Pengajian Islam. Dari kawasan dataran fakulti ke kafe canselori. Nak minta tolong ‘repost’ atau komen boleh? Mencari gelang yang sempat dipakai 30 minit lalu tercicir di hari konvokesyen along.

“Belikan hadian gelang emas tu untuk along, kita nak belanja kat diri sendiri pun kedekut, tapi belikan along sebab along je berjaya dapat PhD, tapi hilang. Kalau ada sesiapa jumpa boleh mesej saya tak,” katanya.

Orang ramai bersimpati dengan kejadian tersebut serta mendoakan semoga hadiah gelang emas itu dapat ditemui segera.

“Allahuakbar, semoga ada rezeki lain yang lagi besar,” komen pengguna TikTok Are-Na.

“Semoga berjodoh lagi dengan gelang ini,” kata Shashalntr.

“Baru pakai sesaat, semoga dapat jumpa balik,” ujar Nada. – KOSMO! ONLINE

@julayka__ Nak minta tolong repost or komen boleh? Mencari gelang yang sempat dipakai 30 minit lalu tercicir di hari konvokesyen along. Belikan hadiah gelang emas tu untuk along 😭 Kita nak spend kat diri sendiri pun kedekut tapi belikan along sebab along je berjaya dapat phd, tapi hilang. Kalau ada sesiapa jumpa boleh pm saya tak @Juliyana #konvokesyenUKM #konvokeseyenUKMke53 #convocationUKM ♬ suara asli – ICAA STOREE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN