fbpx
Kira-kira 600 batang pokok cili musnah akibat banjir yang mengakibatkan pemiliknya kerugian RM15,000 di Kampung Binjai Rendah, Marang kelmarin.

Terkedu kebun cili tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Seorang petani termenung kesedihan selepas 600 batang pokok cilinya musnah ditenggelami banjir di Kampung Binjai Rendah di sini kelmarin.

Mohd. Faizul, 39, berkata, pokok-pokok cili yang diusahakannya secara fertigasi tersebut sepatutnya mampu mengeluarkan hasil keseluruhan kira-kira 1.2 tan apabila tiba masa me­nuai.

“Air naik dengan cepat sehingga tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan pokok-pokok cili tersebut.

“Saya berdoa sekurang-kurangnya sebahagiannya masih bertahan selepas banjir surut nanti,” katanya.

Menurut Mohd., dia mula mengusahakan kebun cili secara fertigasi itu pada bulan September lalu dengan modal RM15,000.

Tambahnya, kampung itu tidak pernah dilanda banjir seteruk itu, namun dia reda de­ngan ujian tersebut.

“Musibah ini pengalaman berharga saya untuk terus gigih bertani pada masa hadapan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN