fbpx
AZAM

SPRM nafi acu senjata ketika tangkap Albert Tei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan berlakunya situasi pegawai suruhanjaya itu mengacukan senjata ke kepala ahli perniagaan Albert Tei ketika tangkapan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tangkapan yang dibuat di rumah ahli perniagaan di Puchong hari ini dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

“SPRM telah membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung fitnah terhadap pegawai suruhanjaya berkenaan,” katanya, hari ini.

Katanya, laporan polis itu juga bagi memastikan tiada mana-mana pihak menyebarkan berita tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan kes yang sedang dijalankan.

Terdahulu, isteri ahli perniagaan Albert Tei, dikenali sebagai Lee mendakwa ada pegawai SPRM mengacukan pistol ke arah suaminya sebelum menggari ahli perniagaan Sabah itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN