fbpx
Pasukan hoki lelaki negara bergelut semasa menentang Belgium di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, malam tadi. - MHC

Speedy Tigers ‘lemas’ dibelasah Belgium 1-9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Belgium membuktikan status mereka sebagai pasukan ranking ketiga dunia apabila menundukkan Malaysia 9-1 pada aksi keempat Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025, namun kekalahan besar itu bukan ukuran sebenar kemampuan Speedy Tigers yang masih berpeluang memburu kelompok tiga teratas.

Malaysia cuba bangkit selepas tewas tipis 3-4 kepada India sehari sebelum itu, namun tempo tinggi dan intensiti fizikal Belgium memaksa anak buah Sarjit Singh bertahan hampir sepanjang permainan, sekali gus mendedahkan jurang kualiti di peringkat elit dunia.

Gol padang Faizal Saari pada minit ke-13 menjadi satu-satunya jaringan negara, tetapi Belgium terus menghukum sebarang ruang dengan penyudah klinikal sehingga mencipta kelebihan besar sebelum babak kedua bermula.

Bagi Sarjit, keputusan tersebut bukan kejutan kerana Belgium berada pada kelas tersendiri dan digunakan sebagai medan terbaik untuk menilai tahap sebenar Speedy Tigers sebelum aksi lebih penting menentang Korea Selatan pada Sabtu.

“Perlawanan hari ini memang berada di tahap tertinggi dan kami sukar menyaingi kepantasan serta intensiti Belgium, tetapi ia memberi gambaran jelas aspek yang perlu kami kukuhkan, terutama bertahan sebagai satu unit dan pengurusan permainan,” katanya.

Beliau mengakui kesilapan mudah menjadi punca utama pasukan melepaskan banyak pukulan sudut penalti (PC) dan penalti stroke (PS), sebelum menyifatkan situasi itu sebagai pengajaran penting menjelang pertembungan yang lebih seimbang.

“Kami memberi terlalu banyak PC dan PS kepada lawan dan ia terus dihukum, jadi fokus kami sekarang adalah kembali kepada disiplin, membuat keputusan lebih tenang dan memastikan struktur bertahan lebih kemas,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN