fbpx
Gambar hiasan.

Sarawak, Sabah hujan hingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri Perlis, Kedah, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 4 petang.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah seluruh negeri Perlis manakala Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah.

“Selain itu, amaran hujan berterusan turut dikeluarkan untuk kawasan Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor,” katanya.

Di Sarawak, Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis) dan Limbang (Limbang) turut terlibat.

Bagi Sabah, hujan turut diramal di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) termasuk Labuan. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI