fbpx
Hishamuddin (dua dari kiri) bersama wakil pemilik unit menggesa agensi penguatkuasaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menawarkan skim GRR secara tidak sah.

RM23 juta lesap, GRR disyaki perangkap pelabur penuhi skim kepentingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 24 pemilik unit rumah mendakwa kerugian selepas menyertai skim Pulangan Sewa Terjamin (GRR) melibatkan nilai keseluruhan pembelian mencecah RM23,148,504.18 yang ditawarkan sebuah syarikat tempatan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, skim GRR yang ditawarkan syarikat itu memenuhi ciri skim kepentingan seperti dinyatakan di bawah Seksyen 4(2) Akta Skim Kepentingan 2016.

Beliau berkata, MHO menggesa Suruhanjaya Syarikat mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan kerana disyaki menawarkan skim pelaburan hartanah tanpa kawal selia.

“Tindakan segera perlu diambil bagi melindungi hak pelabur daripada individu tidak bertanggungjawab yang menjadikan skim GRR sebagai platform mengaut keuntungan, sedangkan pelabur kini rugi dan menanggung beban hutang tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, aduan diterima pihaknya pada Oktober lalu daripada pemilik unit rumah dalam sebuah projek pembangunan hotel yang mendakwa diperdaya oleh skim pelaburan tersebut.

Katanya, kesemua mereka merupakan pembeli yang dijanjikan pulangan sewa terjamin melalui skim yang dianjurkan syarikat berkenaan.

Tambahnya, mangsa diberitahu mereka tidak akan menyertai skim tersebut sekiranya syarikat tidak menggunakan pelbagai janji manis, iklan menarik dan jaminan pulangan tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI