fbpx
Mohd. Hisham pada sidang akhbar tergempar berhubung ribut tropika Senyar, semalam.

Ribut Tropika Senyar bergerak ke Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Fenomena ribut tropika Senyar dilaporkan melemah dan diturun taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, fenomena itu kini berada di tengah Semenanjung Malaysia dan diramal akan terus bergerak ke arah timur menuju ke perairan Laut China Selatan.

“Berdasarkan pencerapan radar cuaca, Senyar telah mendarat (landfall) sekitar tengah malam tadi di kawasan pantai antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

“Walaupun sistem cuaca tersebut semakin melemah, aktiviti pembentukan awan hujan masih kekal aktif menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora, di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang dan Terengganu.

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini dan akan mengemaskini maklumat dan amaran cuaca sekiranya terdapat perubahan signifikan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kekuatan ribut tropika Senyar bergantung kepada suhu permukaan laut di Selat Melaka.

Fenomena ini dijangka berterusan sehingga Sabtu ini sekali gus menggesa orang ramai supaya sentiasa peka terhadap amaran cuaca dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman Facebook rasmi MetMalaysia serta saluran penyiaran yang diiktiraf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI