fbpx
Tangkap layar video menunjukkan beribu-ribu kayu balak dibawa arus deras di beberapa kawasan di Sumatera Utara. - TikTok 

Penduduk ketakutan, banjir lumpur bawa beribu-ribu balak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk Sumatera Utara, Indonesia terkejut apabila melihat beribu-ribu kayu balak dibawa arus deras susulan banjir kilat yang melanda wilayah itu, lapor laman berita Detik. 

Beberapa rakaman video dimuat naik di platform TikTok menunjukkan air banjir yang keruh mengalir deras sambil membawa kayu balak serta ranting. 

Kejadian itu dirakam di beberapa kawasan termasuk Tapanuli Selatan, Tapanuli Tengah dan Sibolga. 

Pengguna media sosial mendakwa bahawa banjir lumpur bercampur kayu itu berpunca daripada kegiatan pembalakan haram. 

Gabenor Sumatera Utara, Bobby Nasution memberitahu bahawa beliau telah dimaklumkan tentang perkara itu. 

“Pada masa sekarang, kami memberi tumpuan untuk memindahkan penduduk dan mempercepatkan logistik bagi memenuhi keperluan mangsa banjir termasuk makanan dan keperluan harian seperti lampin bayi,” kata Bobby. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN