fbpx
Pasangan suami isteri berjaya dibawa ke kawasan selamat. - IHSAN BOMBA SELANGOR

Pasangan suami isteri terkandas dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Sepasang suami isteri berjaya diselamatkan dalam kejadian banjir melibatkan enam buah rumah di Kampung Chinchang, Jalan Sepang di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.36 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang digerakkan ke lokasi.

“Jentera tiba pada 6.48 pagi dengan kekuatan sembilan anggota, membabitkan sebuah jentera FRT dan sebuah unit EMRS.

“Sebaik tiba, terdapat enam buah rumah terjejas dengan paras air setinggi empat kaki. Kerja-kerja menyelamat terus dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia lingkungan 80-an berjaya dibawa ke kawasan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN