fbpx
Anggota bomba sedang membantu murid yang terkandas di Sekolah Kebangsaan Pasir Raja, Dungun hari ini.

Paras Sungai Dungun menaik, 19 kampung dijangka banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Hujan lebat berterusan lebih 15 jam telah meningkatkan paras Sungai Dungun sekaligus memberi risiko banjir di 19 perkampungan terutama terletak di bahagian hulu daerah ini.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu, Ir. Osman Abdullah berkata, paras Sungai Dungun berhampiran Kampung Pasir Raja dan Kampung Kuala Jengai di sini telah mencatatkan bacaan tahap bahaya dengan trend terus menaik iaitu masing-masing 39.56 meter dan 21.27 meter.

“Bacaan paras air Sungai Dungun di Jambatan Jerangau pula berada pada tahap waspada iaitu 10.08 meter.

“Hampir keseluruhan sungai di daerah ini menunjukkan pola peningkatan. Penduduk dinasihar lebih bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya di sini hari ini.

Osman berkata, selain Kampung Pasir Raja dan Kampung Kuala Jengai, perkampungan lain berisiko banjir oalaj
Kampung Surau; Kampung Minda; Kampung Tepus; Kampung Jerangau Sungai; Kampung Wa dan Kampung Dendang.

Beliau berkata, Kampung Delong; Kampung Padang Pulut; Kampung Bukit Merah; Kampung Paya Kemudi dan Taman Rakyat Jaya juga beriso banjir.

“Selain itu, banjir juga dijangka berlaku di Kampung Paya; Kampung Balai Besar; Kampung Sura; Kampung Bijangga; Kampung Sungai Buaya; Kampung Seberang Pintasan dan Kampung Tok Kah.

Setakat ini, seramai 283 mangsa daripada 64 keluarga terjejas banjir di daerah ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN