fbpx
SEBILANGAN mangsa banjir mencuri barangan di sebuah kedai serbaneka. - Foto TikTok/@naruponnut

Mangsa banjir curi makanan, air di kedai serbaneka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sebilangan penduduk di Hatyai, wilayah Songkhla mengambil barang tanpa membuat bayaran dari sebuah kedai serbaneka yang rosak selepas banjir besar, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Perbuatan tersebut mencetuskan perbincangan di media sosial tentang sama ada ia boleh diterima dalam situasi kecemasan.

Pengguna TikTok dikenali sebagai @naruponnut semalam memuat naik klip video menunjukkan keadaan di dalam sebuah kedai serbaneka yang dinaiki air dengan tingkap hadapannya pecah.

Orang ramai dilihat memasukkan snek dan air minuman ke dalam beg selepas banjir yang melanda bandar pelancongan Hatyai sejak 21 November lalu surut semalam. 

Klip video itu menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

Sebilangan netizen berkata, pelbagai barangan itu berkemungkinan akan dibuang akhirnya dan adalah wajar jika terdapat mangsa banjir yang mengambil makanan serta air minuman.

Sebahagian netizen pula  menekankan bahawa ketika situasi kecemasan, orang ramai sepatutnya dibenarkan mengambil bekalan asas untuk kelangsungan hidup.

Namun, beberapa pengguna media sosial lain berkata, tanpa mengira keadaan, mengambil barangan dari kedai tanpa kebenaran perlu dianggap perbuatan mencuri.

Setakat ini, pengendali kedai serbaneka itu di Thailand, CP All  dan polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN