fbpx
Tangkap layar tanah perkuburan dilaporkan mendap di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan.

Kubur mendap di Tanah Perkuburan Islam Senawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa buah kubur di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan dilaporkan mendap sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk.

Menerusi hantaran di Threads oleh @bongahjamal, beberapa liang lahad di kawasan Lot D dan Lot E di tanah perkuburan tersebut dilihat mengalami mendapan tanah yang agak ketara.

“Mohon jasa baik waris Lot D dan Lot E untuk tinjau-tinjau. Dan mohon juga Majlis Bandaraya Seremban yang ada letak di bahagian Lot D dan Lot E agar waris boleh tambak tanah yang mendap,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial yang turut mengharapkan tindakan segera daripada pihak berwajib bagi menjaga struktur tanah di kawasan perkuburan berkenaan.

“Fikir-fikirkan penyelesaian terbaik,” komen Shidi Anuar.

“Ya Allah, harapnya dapat la diselamatkan kawasan tu. kesian waris tengok keadaan kubur macam tu,” kata Shaha Rizal.

“Harapnya pihak berkuasa dapat selesaikan isu ni secepat mungkin,” komen Nasya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN