fbpx
Pasukan penyelamat mengharungi air banjir sambil memegang tali demi memindahkan penduduk yang terperangkap di dalam rumah di Padang, wilayah Sumatera Barat kelmarin. - AFP 

Korban banjir, tanah runtuh di Sumatera meningkat 84 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Angka korban banjir dan tanah runtuh di Pulau Sumatera meningkat kepada 84 orang, manakala puluhan lagi mangsa masih hilang, kata seorang pegawai penyelamat hari ini. 

Indonesia bersama negara jiran terdekat, Malaysia dan Thailand dilanda hujan lebat berterusan, menyebabkan puluhan nyawa terkorban sejak beberapa hari lalu. 

Jurucakap polis tempatan, Fery Walintukan berkata, seramai 62 mangsa disahkan maut, manakala 95 lagi cedera yang terdiri daripada kecederaan ringan dan parah setakat pagi tadi di Sumatera Utara. 

“Sekurang-kurangnya 65 orang masih belum ditemui,” kata Fery kepada agensi berita AFP. 

Di Sumatera Barat pula, kira-kira 22 orang meninggal dunia, manakala 12 lagi dilaporkan hilang, demikian menurut agensi bencana tempatan.

Fery berkata, pihak berkuasa di Sumatera Utara memberi tumpuan kepada pemindahan dan agihan bantuan. 

“Di Sumatera Utara, akses ke beberapa kawasan dan komunikasi masih terputus, tambahnya.

“Mudah-mudahan cuaca kembali baik supaya kami boleh menggerakkan helikopter ke lokasi (yang paling teruk terjejas),” tambahnya. 

Di Sibolga, bandar yang paling terkesan pula merekodkan lebih daripada 30 orang terkorban. 

Ketua Agensi Bencana Tempatan, Abdul Malik memberitahu AFP bahawa seramai 22 orang meninggal dunia dan 12 lagi masih hilang. 

Hujan lebat turut menyebabkan banjir di Aceh, mencetuskan tanah runtuh dan memaksa hampir 1,500 orang berpindah, demikian menurut agensi bencana tempatan.

Perkhidmatan elektrik di beberapa bahagian wilayah itu terputus, kata seorang wartawan AFP.

Syarikat elektrik milik kerajaan, Perusahaan Listrik Negara berkata, mereka telah mengerahkan kakitangan untuk memulihkan bekalan elektrik secara berperingkat selepas banjir kilat menumbangkan sebuah menara pencawang.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 38 orang maut dalam kejadian tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di Jawa Tengah, manakala 13 lagi masih hilang. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN