fbpx
Gurdip Singh (kanan) bersama Datuk Nicol David dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Ahmad Shahriman Mohd. Shariff pada majlis pelancaran +Play Finance di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Kerjasama CIMB, NDO perkasa ketahanan belia melalui +Play Finance

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – CIMB Bank Berhad (CIMB) telah bekerjasama dengan Nicol David Organisation (NDO) untuk memberi dimensi baharu kepada usaha pendidikan kewangan melalui program +Play Finance yang diperkenalkan pada Karnival Celik Kewa­ngan di sini baru-baru ini.

Melalui kerjasama tersebut, program yang akan memupuk disiplin fizikal, ketahanan emosi dan keupayaan kewangan itu, bakal melahirkan individu muda yang berkeyakinan, bersedia untuk menyumbang secara positif kepada komuniti.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Berhad dan CIMB Malaysia, Gurdip Singh Sidhu berkata, pihaknya mengiktiraf kemajuan bermakna berlaku apabila komuniti dilengkapi dengan alat dan peluang untuk berkembang.

Menurutnya, literasi kewangan, apabila dipupuk sejak awal akan menjadi alat yang berkuasa untuk kejayaan sepanjang ha­yat, ia akan membolehkan golongan muda membuat keputusan yang bijak, merancang dan menyumbang secara positif kepada komuniti mereka.

“Program +Play Finance, yang dibangunkan bersama NDO, mencerminkan komitmen kami untuk menyampaikan pembelajaran secara menarik dan berkesan.

“Dengan menggabungkan aktiviti fizikal, kesejahteraan mental dan pendidikan kewangan, kami berhasrat untuk membentuk pemikiran dan disiplin yang diperlukan oleh belia Malaysia bagi mengharungi cabaran dan mengejar kejayaan mampan, sambil membina generasi yang lebih berpengetahuan, berdaya tahan dan berdaya ekonomi.

“Ia selaras dengan tujuan kami untuk memajukan pelanggan dan masyarakat,” katanya pada majlis pelancaran program tersebut baru-baru ini.

Program +Play Finance menya­sarkan lebih 750 pelajar dari 30 buah sekolah di Lembah Klang.

Melalui bengkel interaktif dan sesi pergerakan yang menyeronokkan, pendekatan pengalaman program ini menggabungkan ak­tiviti fizikal dengan pendidikan asas kewangan, menggalakkan pe­lajar untuk kekal aktif sambil mempelajari kemahiran hidup yang penting.

Sementara itu, Pengasas NDO, Datuk Nicol David berkata, program +Play Finance menggabungkan nilai-nilai yang dibentuk melalui sukan seperti ketahanan dan disiplin, bertujuan untuk me­ningkatkan kesedaran kewangan yang diperlukan bagi menjalani kehidupan secara bertanggungjawab.

“Kami berharap dapat membe­ri inspirasi kepada generasi rakyat Malaysia yang bersedia untuk me­mimpin dengan matlamat dan me­nyum­bang secara bermakna ke­pada komuniti dan negara,” jelas­nya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI