fbpx
Gambar hiasan.

Kedah, Sarawak dijangka hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri Kedah, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 7 malam ini.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Kedah melibatkan Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau),” ujarnya.

Di Sabah, daerah terlibat ialah Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid dan Beluran). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN