fbpx
Gambar hiasan.

Henti jadikan SPRM ‘punching bag’ politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semua pihak peru berhenti menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai ‘punching bag’ politik, sebaliknya memberi ruang kepada agensi itu menjalankan tugas secara profesional dan bebas daripada tekanan mana-mana pihak.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pihaknya mengambil maklum laporan sebuah portal berita bertarikh 27 November 2025 serta kenyataan bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa wujud defisit keyakinan terhadap SPRM.

Beliau berkata, dakwaan-dakwaan tersebut perlu diperhalusi secara fakta kerana beberapa isu yang diketengahkan tidak tepat dan boleh mengelirukan masyarakat.

Katanya, isu pemilikan saham bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, telah disiasat sepenuhnya oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada 2021 dan SC mengesahkan tiada pelanggaran undang-undang berlaku.

“Menjadikan isu lama yang telah diselesaikan untuk menyerang SPRM adalah tidak adil dan tidak wajar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jais berkata, siasatan SPRM terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tun Daim Zainuddin juga bukan berpaksikan tekanan politik, sebaliknya berasaskan maklumat serta aduan yang diterima.

Katanya, semua prosedur dilakukan mengikut peruntukan undang-undang tanpa pilih kasih.

Sehubungan itu, MCW menyeru semua pihak lebih profesional dan menghormati proses siasatan yang sedang berjalan, serta mengelak membuat tuduhan tanpa bukti yang boleh mencemar imej institusi negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI