fbpx
AMORIM bimbang kekalahan kepada Everton menjadi permulaan nasib buruk United seperti mana diharungi musim lalu. - AFP

EPL: Amorim akui rasa takut kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim menzahirkan kebimbangan sekiranya beliau terpaksa mengharungi ‘perasaan’ seperti mana musim lalu selepas tewas kepada Everton.

Amorim mengakui bahawa prestasi United masih jauh daripada apa yang diinginkan apabila menyifatkan aksi tersebut benar-benar mengecewakan ketika rekod tanpa kalah mereka dalam lima perlawanan lebur begitu sahaja.

Ketika lima aksi tanpa tewas itu, Amorim mengakui sedikit lega, namun kembali diselubungi kebimbangan kemungkinan mereka terpaksa mengharungi satu lagi tempoh sukar melibatkan keputusan dan atmosfera sepertimana musim lalu.

“Saya takut kami kembali dihantui perasaan seperti musim lalu, ia menjadi kebimbangan saya yang paling besar. Kami perlu bekerja bersama-sama dan lebih keras.

“Pemain sudah mencuba, tetapi kami perlu menjadi lebih baik. Kami akan menjalani latihan dan perlu bersiap untuk perlawanan akan datang,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan United terpaksa menghuni tangga ke-10 dengan meraih lima kemenangan dalam 12 perlawanan, namun hanya ketinggalan tiga mata berbanding pasukan di kedudukan terakhir kelompok empat pasukan terbaik.

“Kami belum sampai, malah masih jauh dengan prestasi untuk membolehkan kami bersaing bagi mendapatkan tempat yang lebih baik. Kami perlu menjadi sempurna untuk memenangi perlawanan, bukan seperti tempoh hari (menentang Everton),” jelasnya.

Hujung minggu ini menyaksikan Amorim perlu menyiapkan pasukan terbaik apabila dijadual turun menentang Crystal Palace di Selhurst Park yang cukup sukar untuk ditewaskan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN