fbpx
Pasukan penyelamat sukarelawan membantu memindahkan rakyat Malaysia yang terkandas di Hatyai, Thailand.

Banjir Hatyai: Sukarelawan Malaysia bantu selamatkan 1,500 rakyat terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Pasukan penyelamat sukarelawan Malaysia berjaya membantu sekurang-kurangnya 1,500 rakyat Malaysia keluar dari kawasan banjir di Hatyai, Thailand dan pulang ke tanah air dengan selamat.

Ketua Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani, Leong Beng Tat berkata, pasukan sukarelawan dari beberapa negeri menamatkan operasi menyelamat pada pukul 7 malam tadi selepas lima hari berada di sana.

“Walaupun masih terdapat segelintir rakyat Malaysia di kawasan terjejas, operasi terpaksa dihentikan kerana beberapa lokasi telah diisytiharkan sebagai kawasan berbahaya dan pihak tentera Thailand tidak membenarkan pihak luar memasuki kawasan tersebut,” katanya hari ini.

Katanya, sebarang permohonan bantuan baharu selepas ini akan disalurkan kepada pihak tentera dan polis Thailand untuk tindakan lanjut.

Beliau turut memaklumkan bahawa semua anggota sukarelawan yang terlibat adalah atas dasar sukarela dan menanggung sendiri segala kos termasuk meninggalkan keluarga serta komitmen kerja demi membantu rakyat Malaysia yang terkandas.

“Sepanjang operasi, ada anggota kami yang cedera, namun kami tetap bersyukur kerana dapat menyelamatkan ramai pelancong Malaysia yang terperangkap,” katanya sambil menyeru masyarakat terus memberi sokongan kepada pasukan bomba sukarela. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI