fbpx
Pasukan penyelamat mengangkat mayat yang dijumpai terapung semasa banjir yang melanda Hatyai, Thailand baru-baru ini.

Banjir Hatyai: 105 mayat dijumpai dalam tempoh lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HATYAI, THAILAND – Sebanyak 105 mayat dijumpai sepanjang tempoh lima hari kejadian banjir yang melanda kawasan bandar ini sejak Sabtu lalu.

Jurucakap Pusat Operasi Kecemasan Banjir (Focec) Selatan Thai, Siripong Angkasakulkiat berkata, jumlah itu dilaporkan oleh Unit Sains Forensik Polis Wilayah 9 pada malam tadi.

Katanya, setakat ini, sebanyak 85 mayat telah menjalani beberapa proses termasuk bedah siasat manakala lebih 20 lagi masih dalam siasatan.

“Pihak kesihatan melaporkan 85 kematian dicatat sejak banjir mula melanda Wilayah Songkhla pada 22 November hingga semalam.

“Daripada jumlah itu, 55 kes merupakan mati lemas dan 30 lagi disebabkan masalah lain termasuk sakit tenat manakala 20 lagi mayat masih dalam siasat.

“Semua mayat kini ditempatkan di Hospital Songklanagarind di sini dan pihak berkuasa juga telah menambah peti simpanan mayat sebagai persediaan kecemasan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Siripong memberitahu, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan jumlah mayat bagi tempoh lima hari banjir di bandar ini akan meningkat selepas ini.

Katanya, setakat ini, Focec tidak mempunyai maklumat sama ada terdapat rakyat Malaysia yang turut meninggal dunia akibat banjir di sini.

“Kami tidak mahu menimbulkan kekeliruan berkenaan jumlah kematian dan semua data terbaharu itu dilaporkan oleh Pusat Pentadbiran Situasi Kecemasan Wilayah selain Kementerian Kesihatan.

“Banjir dijangka surut dan berada di bawah tebing sungai di semua kawasan petang ini. Justeru, satu mesyuarat akan diadakan untuk membuat persediaan bagi usaha menyelamat mangsa-mangsa banjir,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN