fbpx
Bot menjadi pengangkutan utama penduduk setelah jalan utama ditenggelami banjir di Kampung Hulu Seladang, Setiu hari ini.

Banjir: 4,080 mangsa di 57 PPS di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu kekal 4,080 orang daripada 1,168 keluarga di tujuh daerah di negeri ini.

Kesemua mangsa tersebut kini berlindung di 57 pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah di Terengganu kecuali Kuala Nerus.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, Marang menjadi daerah paling terjejas dengan 1,321 orang daripada 374 keluarga yang berada di sembilan PPS.

“Seramai 1,194 mangsa daripada 318 keluarga berada di 12 PPS di Kemaman manakala sebanyak 19 PPS yang mempunyai 913 mangsa daripada 275 keluarga di Setiu.

“Kuala Terengganu pula mempunyai 227 mangsa daripada 98 keluarga di dua PPS,” katanya di sini semalam.

Jurucakap Sekretariat JPBNT berkata, seramai 217 mangsa daripada 49 keluarga pula berada di enam PPS di Dungun.

Beliau berkata, sebanyak tiga PPS yang mempunyai 126 mangsa daripada 24 keluarga di Hulu Terengganu.

“Besut pula mempunyai 74 mangsa daripada 30 keluarga di enam PPS,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN