fbpx
MORAES (kiri) menyelamatkan maruah Selangor apabila meledak gol penyamaan ketika mengikat Bangkok United pada aksi kelmarin. - FB SELANGOR FC

ACL2: Mata sulung beri Selangor tonik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MATA sulung yang diraih dalam saingan Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) ketika mengikat Bangkok United 1-1, kelmarin memberi bekas semangat terbaik buat Selangor FC sebelum menghadapi aksi separuh akhir kedua Piala FA, Ahad ini.

Walaupun peluang untuk layak ke pusingan kalah mati ACL 2 sudah tertutup, pengendali Gergasi Merah, Christophe Gamel menzahirkan rasa kagum dengan kemahuan ditunjukkan oleh pemainnya.

“Sudah tentu (membantu pasukan) kerana sekurang-kurangnya kami memperoleh satu mata. Setiap minggu adalah berbeza, jadi sekarang sekurang-kurangnya pemain menyerlahkan mentaliti mereka dan itulah yang saya mahukan,” katanya.

Terdahulu, Bangkok United hampir meraikan tiga mata hasil jaringan Rungrat Phumichantuk, namun bintang import, Chrigor Moraes muncul penyelamat buat Selangor FC apabila meledak gol penyamaan pada masa kecederaan babak kedua.

Mengulas lanjut mengenai kejayaan satu mata, kelmarin, Gamel percaya sikap tidak takut untuk memberikan peluang kepada pemain muda menjadi antara faktor kepada keputusan seri kali ini.

“Seperti yang kamu lihat, saya tidak takut untuk menurunkan pemain muda dan kami perlu percayakan semua orang dalam pasukan. Ini adalah keputusan yang positif buat kami.

“Tahniah kepada pemain kerana tidak berputus asa dan ini juga mentaliti yang saya mahu mereka ada. Dengan kualiti yang kami ada, kami merealisasikannya dan saya cukup hormati semangat yang pemain tunjukkan dalam perlawanan ini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN