fbpx
ANGGOTA APM membantu memindahkan mangsa di Raub hari ini.

669 mangsa dipindahkan ke PPS di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seramai 669 mangsa daripada 217 keluarga di empat daerah negeri ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka dinaiki air.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam berkata, daripada jumlah itu Kuantan merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 314 mangsa diikuti Raub seramai 206 mangsa, Lipis, 86 mangsa dan Maran seramai 24 mangsa.

“Kesemua 232 mangsa daripada 79 keluarga di Kuantan dipindahkan ke empat PPS manakala kese,ia 202 mangsa daripada di Raub dipindahkan ke lapan PPS dan 17 mangsa di Maran dipindahkan ke dua PPS.

“Pada masa ini pihak APM masih terus melakukan pemantauan dan bersedia membantu memindahkan mangsa,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pada masa ini Sungai Telemong di Bentong, Sungai Jelai di Lipis dan Sungai Pahang di Kuala Krau berada pada paras waspada.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI